7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba !

7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba ! Petua Halau Tikus Tikus adlh salah satu agen penyakit dan perosak kebanyakkan suri rumah menghadapinya. Bukan itu sahaja, malah melihatnya jg sudah menggelikan.
Jadi bagaimanakah caranya untk menghalau haiwan perosak ini? Silap hari bulan kalau tak dicegah boleh membawa maut.
1. Daun Pandan Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untk kediaman anda. Tikus jg tak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dgn tak membeli pewangi kediaman yg mahal.
2. Daun Semambu Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya jg boleh merawat demam.
3. Daun Durian Belanda7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba !
Foto Kredit: extrarecipe.com Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yg selalu dilalui tikus / sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 / 3 hari sekali di tempat yg sering menjadi laluan tikus. Letakkan jg di dlm almari pakaian.

Insya-Allah, tikus tak akan datang lagi. 4. Jering Letak jering dgn tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.
5. Serbuk Lada Hitam Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus / laluan tikus itu.
6. Buah Pong-Pong7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba !
Foto Kredit: gajahmenta.blogspot.com Buah Pong-Pong jg boleh digunakan untk menghalau tikus. Letakkan pd kawasan yg disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tak akan datang lagi. Bagi yg pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia.
Amaran: Buah Pong-Pong adlh beracun. Jangan dimakan.
7. Buah Mengkudu Ambil dua / tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dlm mangkuk di kawasan yg sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yg menyengat dpt menghalau tikus.
8. Minyak Pudina Sapukan minyak pudina pd kain dan letakkan pd di tempat yg sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tak akan datang lagi kerana tikus tak menyukai bau pudina.
9. Kapur Barus7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba !
Foto Kredit: tabloidrumah.com Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yg menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ni cukup efektif kerana tikus sememangnya tak suka dgn bau kapur barus yg cukup menyengat.
Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tak sesuai bagi yg ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adlh gula-gula!
10. Cat Badan Tikus Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dgn cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untk mengganggu kediaman anda.
11. Kulit Durian Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yg selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yg menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untk datang ke rumah anda.
12. Bela Kucing Petua halau tikus ni hanyalah untk orang yg sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untk datang ke rumah anda. Kucing adlh musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yg cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.
13. Buah Kepompong Letakkan beberapa biji buah kepompong muda / masak di sarang tikus.
14. Perangkap Tikus7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba !
Foto Kredit: carigold.com Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring / gam tikus) di laluan yg sering dilalui tikus.
15. Tutup Semua Laluan Masuk Tikus Tutup semua laluan yg membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring / tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.
16. Guna Serai Wangi Petua halau tikus yg terakhir ialah dgn menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dlm bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untk tikus, malah untk haiwan perosak dan serangga yg lain.
17. Lantik syarikat pengendali haiwan perosak (pest control) Kalau ada modal lebih, cari penyedia servis yg benar-benar berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang yg geli untk pegang tikus mati. Maka, syarikat seperti ni boleh membantu.
Jika ragu-ragu, rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian Malaysia untk senarai syarikat pengendali haiwan dan makhluk perosak yg berdaftar.
Akhir kata7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba !
Foto Kredit: expelsolutions.com Demikian beberapa tips / petua halau tikus dari kami. Selain itu juga, kebersihan rumah jg perlu dijaga kerana sisa-sisa makanan boleh mengundang tikus. Sentiasa membuang sampah pd waktu awal pagi dan malam supaya tikus tak mencari sisa makanan di dlm rumah.
Sentiasalah mengawasi tahap kebersihan di sekitar kawasan perumahan, dan penduduk boleh bekerjasama untk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Akhir kata, kebersihan menjamin kesihatan.

Sumber: siraplimau

Title : 7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba !
Description :

0 Response to "7 Petua Halau Tikus Paling Berkesan Yang Anda Perlu Cuba !"

Post a Comment

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *