mozvid.blogspot.com - Soalan Assalamualaikum ahli panel.. Apakah yg harus seorang isteri lakukan jika dia berminat dgn Islam dan ingin memeluk agama Islam tetapi dihalang oleh suaminya? Jawapan Waalaikumusalam,
Pertama sekali anda perlu pergi ke bahagian dakwah di jabatan agama islam negeri .Ini bertujuan untk mengetahui dan diberi taklimat berkaitan dgn agama Islam secara menyeluruh.
Sekiranya tak jadi keberatan, anda boleh mohon untk mengikuti kelas permulaan berkaitan ugama Islam serta hukum asas, yg diajar oleh guru / kakitangan di jabatan berkenaan.
Setelah anda yakin dgn ugama islam dan hal-hal yg berkaitan dgn ibadat dan hukum, baharulah anda zahirkan untk memeluk agama Islam.
Setelah memeluk Islam , diri anda akan dilindungi oleh undang-undang Islam, anda kena ceritakan kepada pegawai yg mengislamkan diri anda tentang halangan dan ancaman daripada suami jika anda telah masuk Islam.Pihak berkuasa agama akan mengambil langkah-langkah yg sewajarnya untk lindungi diri anda daripada sebarang ancaman daripada bekas suami anda.Dengan syarat anda jangan tergesa-gesa masuk islam, apa yg penting kena belajar dahulu setelah yakin baharulah masuk.terima kasih.
other source : http://slideshare.net, http://insafislam.blogspot.com, http://reddit.com
Description : mozvid.blogspot.com - Soalan Assalamualaikum ahli panel.. Apakah yg harus seorang isteri lakukan jika dia berminat dgn Islam dan ingin memel...
0 Response to "Suami Menghalang Masuk Islam - Umum"
Post a Comment