mozvid.blogspot.com - Sepasang kekasih dicekup penduduk selepas dikesan bermadu asmara di dlm bilik mandi di rumah sewa di Simpang Ampat, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, perbuatan terkutuk pasangan kekasih berusia 19 dan 17 tahun itu turut disertai seorang rakan lelaki yg tinggal serumah.
Difahamkan, perbuatan jijik itu disedari penduduk taman perumahan yg memeriksa selepas terdengar bunyi aneh dari arah bilik air di belakang rumah sewa itu.
Menurut sumber, jiran mereka mengesyaki sesuatu tak kena selepas terdengar bunyi pelik sebelum memaklumkan kepada penduduk lain.
Ketika meninjau luar rumah, jiran ternampak kelibat remaja perempuan dari tingkap hadapan memasuki bilik mandi bersama seorang lelaki.
Tidak lama kemudian seorang lelaki mengetuk pintu bilik mandi itu lalu masuk menyebabkan jiran maklumkan kejadian kepada penduduk taman untk tindakan lanjut, katanya di sini, kelmarin.
Sumber berkata, sekumpulan penduduk meminta bantuan anggota polis serta imam masjid untk melakukan pemeriksaan.
Beberapa minit kemudian dua lelaki dan seorang wanita membuka pintu dgn berpakaian lengkap, katanya.
Difahamkan, serbuan itu diketuai Pegawai Syarak merangkap Imam (2) Masjid Simpang Ampat Zainal Ketot bersama dua anggota polis dan ahli jawatankuasa penduduk taman perumahan berkenaan.
Sumber berkata, pasangan terbabit difahamkan bekerja di pekan Alor Gajah.
Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Rahimin Bani berkata, mereka ditangkap kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah.
Pasangan terbabit bersama rakannya dipercayai bersekedudukan hingga mendatangkan syak dan boleh didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka / denda jika sabit kesalahan, katanya. - Harian Metro
other source : http://bbc.co.uk, http://solopos.com, http://viralberita.blogspot.com
Description : mozvid.blogspot.com - Sepasang kekasih dicekup penduduk selepas dikesan bermadu asmara di dlm bilik mandi di rumah sewa di Simpang Ampat, di...
0 Response to "Jiran Terkejut Terdengar Bunyi Aneh Dalam Bilik Mandi - Hiburan"
Post a Comment